Wednesday 12 October 2016

Masjid Jamek, KL

Okay, dah masuk bulan oktober. sekejap betul mase berlalu, rupanya, sudah sebulan lebih internship di kl. Tak sempat nak update blog. sebabtulah nampak macam bersawang je blog. haha.. perumpamaan saja.

sabtu yang lalu, tak ingat tarikh plak tapi yang pasti 2 minggu yang lalu, kami ke Jalan Masjid Jamek untuk shopping sikit. Kawan ada nak cari baju, alang-alang tu.. join la shopping sekaki juga. banyak juga berbelanja hari, dalam RM130 lebih macam tu untuk total semua termasuk shopping, tambang, makan dll. alah, seratus je? banyak ke tu? mungkin bagi yang berduit seratus tu sedikit, tapi bagi kami, seratus tu memang banyak. boleh jadi duit belanja untuk 2-3 minggu.

boleh nampak laluan masuk ke Stesen Masjid Jamek

Bazaar yang berdekatan dnegan stesen 

ramai betul orang duk membeli belah. kami pun jugak

kat sini, saya ada beli baju blouse. sebab jumpa saiz yang sesuai, kena beli kalau tak nanti balik rumah tak lena tidur sebab menyesal tak beli. lepas tu ada beli shawl, skirt hitam labuh dan kerongsang. Terjumpa skirt hitam yang saiz besar, lining kat dalam pun labuh. jadi, terus beli juga sebab selalu kalau skirt banyak saiz yang tak muat. kat bawah ni senarai berserta harga.
  1. Blouse - RM 24.00
  2. Bubble Shawl Hitam - 10.00 kot. takpasti
  3. Skirt Hitam Labuh - RM 30.00
  4. Shawl Berbunga - RM 10.00
  5. Kerongsang Besar 3 biji - RM10.00
  6. Kerongsang Kecil 2 biji - RM2.00
saya rasa berbaloi lah beli sebab memang beli untuk pakai. kalau nak beli baju je dan apa-apa kategori yang sama, memang fikir banyak kali. nak beli ke tak. tak nak bila dan beli tak pakai. nanti membazir je. jadi perlu ambil masa yang lama untuk berfikir. alhamdulillah, setakat ni, apa yang dibeli memang pakai. Baju dan shawl tu memang yang ulang pakai banyak kali. 



No comments:

Post a Comment