Monday 28 September 2015

Sushi / Kimbap

Apa beza sushi dengan kimbap?
Sushi dalam bahasa jepun dan kimbap tu dalam bahasa korea. Sushi ada banyak jenis dan kimbap satu jenis je iaitu yang digulung dalam rumpai laut. Kalu sushi ada guna tuna mentah, nasi dan inti gulung dalam rumpai laut dan sebagainya.

Yang saya buat ni adalah yang nasi bersama inti digulung dengan rumpai laut. Sebenarnya tak adalah susah sangat buat sushi jenis ini. Kalau tak ada bahan yang susah sikit kot.

Jom tengok apa yang kita perlukan untuk buat sushi. Antara...

Tikar buluh
Pisau tajam. (Taknak yang tumpul)


BAHAN-BAHAN
1. Beras short grain.
2. Rumpai laut keping
3. Sosej - dipotang 4 memanjang
4. Isi ketam - dipotong memanjang
5. Telur dadar - dipotong memanjang
6. Minyak bijan
Atau apa apa lagi bahan lain seperti timun, ikan tuna dengan mayonis dan sebagainya.







CARANYA
1. Masak nasi 1 cawan. Kalau nak buat banyak lebihkan. Kalau 1 cawan boleh dapat 4-5 batang.
2. Sediakan bahan untuk isi dengan potong memanjang.
3. Letak rumpai laut atas tikar buluh. Letak nasi dan ratakan. *Tengok gambar
4. Letak bahan2 untuk isi dan susun kemas.
5. Gulung menggunakan tikar buluh dengan cermat dan kemas.
6. Sapu hujung rumpai laut dengan minyak bijan. Dan juga disekeliling rumpai laut setelah siap digulung.
7. Potong dengan cermat. Pastikan pisau bersih dan tajam untuk elakkan nasi terburai dan tidak lawa sebab rumpai laut sedikit kenyal.

Siap dan boleh dimakan. Yum yum

No comments:

Post a Comment