Saturday 24 October 2015

Resepi : Mee Sup

seperti yang pernah saya cerita sebelum ini, saya memang suka makanan yang berasaskan kuah dan mee. Jadi Mee Sup ni memang kenalah dengan selera saya, haha. tiba-tiba teringan kat Mee Sup Champa Mok Wan. yum yum..nanti nak upload pasal ni dalam next entry.

okay, kembali ke tujuan asal. resepi yang saya nak share ini memang resepi yang sangat simple sebab saya ini tak suka resepi yang terlalu complicated. jadi, resepi ini sangatlah sesuai untuk yang nak memasak dengan cepat dah terlalu lapar ataupun sesiapa yang baru nak belajar memasak.


Yummy... Mee Sup Kegemaran.

bahan yang diperlukan (untuk 4-5 orang makan)
  • 1 bungkus Mee Kuning        - direndam dalam air panas sehingga lembut
  • 1 Paket Rempah Mee Sup    - digaul dengan sedikit air
  • 5-6 biji Bebolo Sotong         - dipotong kepada 8 bahagia atau suka hati
  • 2 pokok Sayur Sawi              - dipotong
  • Sedikit Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya (4-5 mangkuk air)
  • garam secukupnya

cara untuk masak kuahnya
  1. panaskan sedikit minyak. masukkan bancuhan rempah Mee Sup dan tumis seketika.
  2. Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga mengelegak.
  3. Masukkan bebola.
  4. Masukkan garam secukupnya jika perlu
  5. bila dah rasa sedap dah, letak sayur sawi. kacau seketika dan terus tutup api. 
yeah sekejap aje dah siap kuahnya. jangan lupa toskan Mee Kuning yang direndam dalam air panas tadi. untuk makan, bolehlah masukkan mee ke dalam mangkuk dan masukkan kuah sup. macam gambarkat atas.. kalau suka pedas bolehlah tambah sambal belacan ataupun sambal kicap pedas. perghh..

selamat menjamu selera. :)




No comments:

Post a Comment