Friday 16 October 2015

Resepi : Pizza Homemade

seperti yang dijanjikan, nak share resepi pizza homemade. memang dari dulu lagi selalu juga buat pizza. sebab masa kecil dulu, selalu teringin nak makan pizza bila tengok iklan kat tv. tapi parent bukan jenis suka2 je nak beli makan macam ni. kepsi pun jarang. kalau beli memang pelik bin ajaib laaa..

ingat lagi, dulu masa kecil mak pernah buat pizza sendiri, lepas tu mak dah tak pernah buat dah. jadi lepas tu, try buat pizza sendiri. walaupun tak sesedap pizza hut, bagi saya mase tu memang sedap, sesuailah dengan saya yang masih dan buat untuk kali pertama. macam tu lah kisah bagaimana bermulanya kisah hisup saya dengan pizza. ahhahaha..

okay, kembali ke tujuan asal. resepi pizza. resepi ini bagi saya cukup simple sebab saya tak suka sangat benda yang complicated nak buat. :)

mesti cuba buat. okay?
Untuk Doh

Bahan A

  • 1 sudu besar mauripan/yis
  • 175 ml air suam


Bahan B

  • 2 ½  Tepung Gandum
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Madu
  • 1 sudu besar Mentega/Buttercup

Untuk Topping
  • Puri Tomato                - boleh guna sos spagetti prego
  • Sosej secukupnya        - dipotong kecil. ikut kesesuaian
  • Cheese                       - saya guna mozarella
  • Lada Benggala            - potong dadu
  • Oregano/Basil             *optional
atau mana-mana bahan yang anda suka



Cara-Caranya

  1. satukan bahan A, ketepikan
  2. satukan bahan B dan mangkuk besar dan gaul sehingga sebati
  3. masukkan bahan A ke dalam bahan B dan uli sehinga rata. biarkan selama 1 jam sehingga kembang.
  4. bahagikan doh kepada dua bahagian. 
  5. letak sedikit tepung dalam loyang. ratakan doh menjadi bulat pada loyang pembakar.
  6. letakkan bahan topping dimulai dengan puri tomato dan diakhiri dengan cheese dan oregano/basil.
  7. bakar selama 25-30 minit pada suhu 180-200 °c   *ikut kesesuaian oven masing-masing
  8. bila siap, boleh potong dan dimakan. yum!
yum..yum..yum..



No comments:

Post a Comment