Friday 19 August 2016

Hiking Bukit Keluang

alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hasrat untuk hiking Bukit Keluang. 3 tahun belajar sini, baru tercapai. lama betul mengambil masa.

okay, cerita pasal Bukit Keluang sikit. Bukit Keluang memang popular untuk hiking. Tinggi lebih kurang 200 meter dari aras laut. tak ada lah tinggi sangatkan tapi laluan untuk hiking memang agak mencabar bagi saya sebab laluan memang banyak yang curam dan perlukan ambil langkah yang tinggi. sebab itu kot saya cepat letih. Masa naik, dalam hati, rasa menyesal pulak. tapi bila dah sampai puncak memang berbaloi.

Antara aktiviti yang boleh lakukan kat sini..
  1. Berkelah sambil menikmati permandangan. ini memang wajib bila pergi pantai kan.
  2. Banana Boat (RM 10 per person. tapi tak tahulah akan datang harga akan naik)
  3. Ke Pulau Rusa (Naik boat, RM20)
  4. Hiking Bukit Keluang
  5. dan banyak lagi..

Gambaran Lalulan untuk hiking. Klik SINI untuk lokasi
Untuk hiking, adalah dua check point. maknanya ada dua tempat yang korang boleh mula untuk hiking. saya mula di checkpoint A dan turun di checkpoint B. Jarak A dengan puncak lagi jauh berbanding B. Tapi, A kurang curam daripada B. kawan yang bagitahu.sebab tu ramai yang mula dari A sebab senang untuk naik ke atas.

Laluan A
Laluan B
Untuk yang pertama kali hiking ke Bukit Keluang, saya sarankan untuk parking kereta di tempah parking yang berdekatan dengan B. then, jalan kaki ke A dan mulakan perdakian. Sampai atas, ambillah gambar sepuasnya dan teruskan perjalanan sehingga ke B sehingga jumpa tangga. Masa turun tangga, sempat lagi saya kira. ada lebih kurang 107 anak tangga.  bila berjaya turun, bolehlah korang beli air dan makanan sebab banyak gerai makanan ada di kawasan B. tapi, kalau korang nak mula dari B dan turun semula ikut B pun tiada masalah, ikut keselesaan korang. no hal lah.

ini tempat popular. wajib bergambar kat sini sebab permandangan memang cantik.
ini adalah antara sebab ramai orang bergambar kat sini. 
pondok untuk berehat di puncak
laluan tepi curam ada penghadangyang. belah kanan bawah adalah laut
nampak tak curam dalam gambar. tapi sebenarnya curam jugak. mungkin yang biasa hiking rasa tak
laluan bertangga. ada lebihkurang 107 anak tangga


No comments:

Post a Comment