Friday 30 October 2015

Resepi Makaroni Goreng Mudah

okay, hujan-hujan ni, terasa nak share la pulak. sebenarnya dah lama teringin nak makan makaroni goreng ni, haritu ada keluar ke bandar, jadi belilah barang untuk buat makaroni goreng ni walaupun beli tak cukup bahan. apepun, tak cukup bahan still boleh buat asalkan bahan penting ada.

hari ini baru berkesempatan nak buat makaroni goreng ni. yang saya masak ini style saya. bukan yang original style punya ya. dan motto masakan saya adalah "keep it simple as possible" haa.. gitu. jadi bahan-bahan yang digunakan memang cukup simple. tak banyak sangat.

yummy
bahan-bahannya

  • 1 bungkus makaroni (untuk 5-6 orang makan)
  • 1 tin sos prego original
  • 3-4 ulas bawang putih              dicincang halus
  • 3-4 biji bebola sotong            - dipotong 8 bahagian
  • 3-5 biji sosej                          - dipotong kecil-kecil
  • sedikit carrot                          - dipotong dadu atau memanjang
  • sedikit minyak
  • air untuk rebus makaroni

**nak tambah bahan lain lagi pun boleh seperti lada benggala etc


caranya

  1. panaskan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan minyak.
  2. bila air mengelegak, masukkan makaroni. bila dah masak, angkat dan toskan. ketepikan
  3. panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih.
  4. masukkan bebola, sosej dan carrot. gaul dan biarkan seketika.
  5. masukkan sos prego. kacau rata dan biarkan seketika.
  6. masukkan sedikit garam secukupnya
  7. masukkan makaroni dan gaul rata. biarkan seketika.
  8. siap. hidang, makan!

okay, senang je kan? bolehlah cuba buat ya.

No comments:

Post a Comment