Tuesday 31 March 2015

Bas RapidKuantan


bas rapid kuantan di Hentian Bandar


terdetik pulak nak bercerita pasal bas rapid kuantan ni.. bukan cerita buruk ye.. tapi saya nak cerita benda yang baik-baik dan juga berinformasi buat sesiapa yang tak berapa familiar sangat dengan bas rapid kuantan ni.

kisahnya bermula bila kami berenam (saya dan kawan-kawan) merancang trip ke Gambang WaterPark. cerita pasal tu lain kali ye. sekarang nak fokus kat rapid kuantan je.. sebelum ini memang tak tahu bahawa ada bas rapid kat kuantan. bila buat research untuk tranport untuk trip tu barulah tahu pasal rapidkuantan ni.

semuanya ada 16 routes untuk bas rapid kuantan ni. banyakkan. lepas tu mostly setiap setengah jam-sejam ada satu buah bas untuk setiap routes. jadi, kalau terlepas bas, tak usah nak tunggu berjam jam untuk bas seterusnya sebab setiap setengah jam akan ada bas.

bas rapid kuantan ini berpusat di hentian bandar. bas akan bergerak dari hentian bandar ke destinasi mengikut no routes pada bas tu. jadi, kena pastikan naik bas yang betul. kalau salah naik bas sampai tempat lainlah jawabnya.. boleh rujuk SINI untuk tengok No Route.



haritu,  dari terminal sentral kuantan ke hentian bandar, kami ambik bas no route 303.
dan dari hentian bandar ke gambang waterpark, kami ambik bas no route 100. bas yang kami naik ni betul betul berhenti di depan pintu masuk waterpark. bukan kat pintu gerbang tau.. tapi kat pintu masuk. ibarat macam pintu masuk rumah bukan pintu pagar. hihi

pagi saya, bas rapid ini memang sesuailah untuk backpacker yang travel menggunakan public transport untuk travel. harga pun murah. waktu servis pun panjang. dari pukul 7 pagi sehingga 11 malam kalau tidak silap saya.

boleh rujuk link dibawah untuk maklumat lanjut:
       Laman Web Bas Rapid
       FB Rasmi RapidKuantan



6 comments:

  1. hmm dari hentian bandar ke TSK (atau sebaliknya) guna bas rapid ni berapa jam?

    ReplyDelete
  2. Dari ump ke terminal sentral pahang no brapa?

    ReplyDelete
  3. Dari UMP ke terminal sentral kuantan?

    ReplyDelete
  4. Nak tnya...mcm mana nk naik rapid bus? Nk tunggu dekat mane?

    ReplyDelete
  5. hello kalau dari megamall ke hospital ada ke

    ReplyDelete